Satu Lagi Rekod Baru Untuk Malaysia Boleh

Posted on March 11, 2007

4


Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam memecahkan rekod-rekod sejagat apabila kompleks mahkamah terbesar di dunia siap dibina pada bulan Mei. Pembukaan bangunan ini sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu rakyat Malaysia, yang selama ini terpaksa menanggung malu memikul beban rekod-rekod mengarut seperti perhimpunan kembar terbesar, barisan lemang terpanjang dan kek bulan paling berat di dunia. Kompleks mahkamah tersebut, seperti kebanyakan bangunan rasmi di Putrajaya, dibina dalam gaya Arab, yang sebenarnya tidak begitu sesuai untuk iklim Khatulistiwa ini. Walaupun begitu, tidak dinafikan bangunan ini mengagumkan dan tersergam indah, bertepatan dengan wawasan Mahathir Mohamad untuk menghebohkan kemegahan negara kita yang kecil dan masih membangun ini kepada dunia.

Kami agak terkilan kerana kebanyakan kawasan kompleks itu diperuntukkan sebagai tempat letak kereta. Walaupun kami sedar sistem pengangkutan awam kita tidak boleh dipercayai, 1000 tempat letak kereta sememangnya akan mencacatkan pemandangan di sekitarnya. Adakah bangunan itu, yang memuatkan 77 bilik mahkamah, dibina dengan tujuan tunggal memecah rekod, ataupun adakah ia mencerminkan kadar jenayah Malaysia yang amat tinggi, yang mungkin juga boleh dilihat sebagai satu rekod dunia?

Posted in: Malaysia Boleh!