MENJ – Jaguh Kampung of The Month

Posted on February 21, 2007

17


Baru-baru ini, MENJ, dalam kemarahannya di atas komen seorang bebal dari Belanda yang menghina umat Islam, telah mengugut untuk membelasah si bebal itu dengan tumbukan di mukanya. Pada pendapat kami, kejahilan orang Belanda itu tidak sepatutnya dibalas dengan keganasan. Bukankah lebih bermakna sekiranya diadakan dialog supaya orang Islam dan bukan Islam saling memahami dan menghormati satu sama lain?

Apa yang mencuitkan hati kami ialah keyakinan MENJ terhadap kekuatan fizikal badannya. Ada hati Si MENJ kita ni, yang badan sekeping akibat tak cukup disuap makan, nak berlagak menjadi samseng? Nak tergelak aku dibuatnya! Kalau setakat nak ugut belasah muka orang dalam laman web sendiri, baik tak payah. Seperti lirik sebuah lagu Melayu, “lupakan sajalah hasratmu”.

“Jaguh Kampung Of The Month” julung-julung dianugerahkan kepada Hishamuddin Hussein Onn pada bulan November di atas insiden melontar-lentir kerisnya. Sejak itu, tidak ada calon yang dirasakan layak dianugerahkan kehormatan ini. Calon “Jaguh Kampung” harus menunjukkan tahap kepintaran yang amat rendah, dan setelah dua bulan menunggu, kami yakin MENJ memenuhi ciri utama ini. Syabas, MENJ!

Posted in: Jaguh Kampung