Ibu Bapa, Jagalah Anak Sendiri

Posted on January 22, 2007

4


Malaysia memang terkenal dengan kompleks-kompleks membeli belah yang teramat besar dan luas, di antaranya Suria KLCC, One Utama dan The Curve-Ikano. Setiap hujung minggu, beratus ribu rakyat Malaysia berkunjung ke tempat-tempat ini; yang berduit untuk berbelanja, yang papa kedana hanya sekadar menikmati keselesaan pendingin udara.

Satu kebiasaan yang amat menggeramkan ialah ibu bapa yang mengambil kesempatan melepaskan tanggungjawab menjaga anak mereka, dan membiarkan mereka berlari dan berkejar-kejaran serta memekak-mekak sesuka hati. Sedangkan anak mereka memberontak meminta kasih sayang dan perhatian ibu dan ayah yang asyik sibuk memakan Rotiboy, kita pembeli-belah lain terpaksa memendamkan rasa geram dan panas sambil menyaksikan gelagat anak-anak liar ini, yang menyerupai haiwan di Zoo Negara, cuma kurang comel.

Mungkin ibu dan ayahnya sudah lali dengan perangai mini-Amuk anak mereka, tapi bagi kebanyakan daripada kita, pekikan dan jeritan budak budak tak tentu arah ini boleh mencucuk telinga dan menaikkan darah. Kepada ibu bapa yang sebegitu rupa, kami minta agar janganlah lagi melahirkan lebih banyak anak sekiranya anda tidak berupaya mendidik atau mengawal mereka. Gunalah kondom setiap masa.

Posted in: Society