Baru-baru ini dilaporkan Perdana Menteri Abdullah Badawi telah mengarahkan pengeluar kereta nasional Proton untuk mengkaji kereta elektrik untuk dipasarkan dalam masa setahun. Utusan Malaysia, dalam keghairahannya melaksanakan peranannya sebagai pembesar suara kerajaan, telah meminta pandangan ahli ekonomi berkenaan pengeluaran kereta elektrik itu.
Sekiranya para wartawan Utusan Malaysia mempunyai akal yang berfungsi, sudah tentunya mereka akan meminta pandangan ahli saintis atau jurutera mekanikal yang pakar dalam bidang automotif elektrik, yang akan memberikan berita berat tetapi benar, bahawasanya pengeluaran kereta elektrik oleh Proton bukanlah satu perkara mudah yang boleh diselesaikan dalam hanya masa setahun. Kami rujuk sebuah laporan oleh Sistem Siaran Awam Amerika Syarikat (Public Broadcasting System), yang melaporkan usaha syarikat automotif terbesar dunia, General Motors Corp, untuk memasarkan kereta elektrik di negara termaju di dunia itu. Antara langkah yang diambil syarikat tersebut ialah kerjasama dengan 30 syarikat utiliti di AS bagi menyelesaikan masalah infrastruktur yang mungkin timbul apabila kereta elektrik dikeluarkan dalam jangkaan masa 2 tahun.
Sekiranya syarikat automotif terbesar di dunia, yang mempunyai khidmat pakar terbaik, hanya dapat memberi jangkaan 2 tahun, bagaimana Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia, Haim Hilman Abdullah, boleh menaruh harapan Proton – sebuah syarikat kecil yang belum pun dapat meningkatkan kualiti kereta biasa mereka – akan dapat mengeluarkan kereta elektrik tahun depan? Menurut Haim, Proton juga disarankan agar meluaskan pasaran penjualan kereta bukan sahaja di negara ini malah di peringkat antarabangsa sebagai usaha meningkatkan pengeluaran yang akan dapat membantu mengurangkan kos pembuatan kereta elektrik itu. Mungkin Haim tidak tahu, tetapi Proton sebenarnya sudah lama cuba menembusi pasaran antarabangsa, baik di UK, Turki, mahupun UAE, rata-ratanya tanpa kejayaan yang memberangsangkan. Kalau kereta biasa pun Proton tak dapat jual, bagaimana pensyarah ekonomi universiti ini boleh yakin Proton dapat menjual kereta elektrik yang merupakan teknologi perintis?
Seorang lagi pakar ekonomi, Pengerusi Pusat Dasar Kajian Umum, Ramon Navaratnam dipetik sebagai menyifatkan langkah yang diambil kerajaan sebagai satu kejayaan yang besar dan penghasilan kereta elektrik itu merupakan satu pengenalan baru yang bakal memberi kesan positif kepada rakyat. Kejayaan besar apa yang nak disifatkan apabila kereta elektrik itu belum pun dapat dihasilkan?
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha’ani Abdullah dipetik sebagai berkata “pengeluaran kereta elektrik oleh Proton akan dapat membantu rakyat mengurangkan kos hidup yang semakin meningkat. Beliau turut mengingatkan kepada syarikat pengeluar kereta tempatan itu agar mengenakan harga kenderaan tersebut pada paras yang berpatutan bagi membolehkan setiap lapisan masyarakat mampu memilikinya.
Dalam laporan PBS yang sama, harga kereta elektrik General Motors dijangka dalam lingkungan AS$ 30 000 – AS$40 000, jauh lebih mahal dari kereta biasa. Apakah kemungkinan Proton – yang selama ini hanya dapat bersaing dengan bantuan tarif oleh kerajaan – akan berupaya mengenakan harga yang berpatutan, apabila kos kereta elektrik, seperti mana-mana teknologi baru, semestinya akan melambung tinggi? Inilah yang terjadi apabila akhbar seperti Utusan Malaysia tidak lagi tahu menganalisa dan mengkritik (mungkin juga tidak pernah tahu), tetapi hanya pandai menjaga hati mereka yang memegang kuasa.
muhammad zulkiffli
July 26, 2008
kita warga malaysia cuba jgn mempersendakan mana2 pihak yg ingin menaikkan matarbat kereta nasional , kita patut merasa bangga setidak2nya kita ada semangat ingin maju dalam apa jua bidang.kita tak patut mentertawakannya sekiranya saudara pandai tunjuk kepandian saudara bukan mengkritik atau cakap kosong,apa yg saya lihat saudaranya tak patut menjadi warga malaysia sebabnya sekiranya ramai warga malaysia mcm saudara sampai bila2 malaysia tak akan maju.
kampunghouse
July 27, 2008
saudara muhammad zulkiffli (kenapa dua f?),
blog kampunghouse ini memang tujuannya semata-mata untuk mempersendakan elemen-elemen yang memperkayakan masyarakat kita, baik Proton, UMNO mahupun nasi briyani gam. Kami akui ini dibuat tanpa rasa tanggungjawab, tetapi kami juga tidaklah membenci semua yang kami persendakan. Kami merasa kesal sedikit sekiranya saudara tak terhibur membaca tulisan kami, tapi apa nak buat, cara lawak masing-masing berbeza..
Bercanggah dengan apa yang saudara kemukakan, kita sebagai warga Malaysia sebenarnya berhak untuk mempersenda; ini termaktub dalam konsep kebebasan hak untuk bersuara. Dan saudara juga bebas dan berhak untuk menyuarakan rasa tak puas hati saudara, tanpa dikongkong atau dibanteras.
Kalau kita ikut hemat saudara, semua orang yang mengkritik tidak layak menjadi warga Malaysia. Kalau ini menjadi realiti, orang yang tinggal di Malaysia semuanya menjadi pak turut yang tak tahu mengkritik. Kalau ini berlaku, sampai bila bila malaysia tak akan maju
Yang benar dan tak bertanggungjawab,
kampunghouse
U-se
July 30, 2008
Hi zulkiffli, this country is over the top with giving unintellectual comments with insufficient research. Electric cars is just a tip of the iceberg. In a not so distant event, some very important person in the country suggested to straighten the rivers in Johor to prevent floods- which is absurd when one factors in the economic and environmental costs it implies. This country badly needs to learn to think before speaking and not just be “tin kosong”. While you may want to applaud them for striving to improve, i do not feel the need to do so as it is evident enough that these words are just spoken to gain headlines, and in the course of the next few weeks, it will be forgotten altogether, just like the straightening of rivers. What a waste of the rakyat’s hope and time…
izmi
December 12, 2008
I rasa ulasan u ni memang menunjukkan kebodohan u, haim dan ahli ekonomi lain melihat dari sudut ekonomi dan jangka masa panjang. Memanglah sekarang sukar untuk melaksanakannya dan tempoh bukan ukuran tetapi usaha kearah itu paling penting. Adalah baik kalau proton bermula dari sekarang. Mentaliti u memang mentaliti terjajah yang akan mengikut orang sampai bila2 dan kalau orang macam u ni memang akan jadi bangsa hamba sahaja sampai bila2. Langsung tidak berani mencuba malah mengutuk sahaja. X dak teloq. U nie entah2 kereta proton pun x mampu beli, cakap x serupa bikin.. bukalah mata dan cuba lihat dunia dari pelbagai perspektif, dalam kes ini perkara ini di lihat oleh mereka dari perspektif ekonomi dan untuk tempoh jangka masa panjang.. jangan ngok sangat..
kampunghouse
December 14, 2008
Izmi, kita bukan mengkritik usaha Proton untuk mencipta kereta elektrik. Apa yang kita persoalkan ialah penyelewengan yang dijanakan Utusan Malaysia apabila mereka menggembar-gemburkan saranan untuk mencipta kereta elektrik itu dalam masa setahun. Ini mustahil. Apabila sebuah akhbar mengutarakan sesuatu konsep yang mustahil, ini tidak lebih dari satu penipuan.
Apabila Muhamad Sha’ani Abdullah berkata kita boleh mengecas bateri kereta elektrik di rumah (samalah seperti kamera digital), jelaslah dia sebenarnya tidak tahu apa apa tentang kereta elektrik.
Apa yang kita kritik ialah kebijaksanaan (atau kekurangannya) Utusan Malaysia mewawancara pendapat “pakar-pakar” ini.
Tidak salah untuk bercita-cita, tapi cita-cita yang tidak bersandar kepada asas selalunya akan gagal.
“U nie entah2 kereta proton pun x mampu beli”… Eh, hanya mereka yang mampu membeli kereta proton sahaja ke yang berhak bersuara? Tak sangka pula demokrasi negara kita berasaskan kemampuan membeli kereta nasional…
nawal
January 14, 2010
Bagi pendapat saya la, memang betul la apa yang di perkatakan oleh pensyarah saya tu… kerana kerana kalau di fikirkan logik akal la, memang sepatutnya la Proton tu mengkaji dan plan betul2 dulu sebelum melontarkan untuk membuat sesuatu. Tidak salah mempunyai hasrat tu tetapi mustahil untuk mendapatkanya dalam waktu terdekat. Kita menginginkan kualiti bukan kuantiti yang akhirnya kita tidak tahu apa kesudahannya.
Saya tidak la terlalu bijak untuk menkritik dan menyampaikan buah pikiran tetapi wajarlah jika betul itu yang ingin di laksanakan oleh Proton, saya setuju sgtla…
kampunghouse
January 14, 2010
Bijak tak bijak semua orang berhak memberikan pendapat masing masing. Maksud anda, Haim Hilman Abdullah pensyarah anda? Tujuan tulisan ini sebenarnya bukan untuk mengkritis Haim Abdullah, tetapi lebihnya untuk membongkar propaganda Utusan Malaysia.
Saya jangka, ulasan anda berkenaan ungkapan ini oleh Encik Haim: “Sehubungan itu, Proton perlu mengkaji secara mendalam mengenai hal ini khususnya kumpulan sasaran penjualan kereta tersebut agar hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat tidak tersasar,” Ini…saya fikir satu kenyataan yang terlalu jelas… memanglah dalam mana-mana projek pun kajian perlu dibuat secara mendalam.
Dalam artikel Utusan Malaysia tersebut, pendapat yang diutarakan pakar-pakar rata-ratanya kosong nilainya, tak ada pun analisa yang mendalam. Inilah masalah akhbar kita, lebih suka memberi ruang kepada kewartawanan ringan (light journalism).
aide tuah
July 21, 2010
perkara ini mudah sahaja jawabnya,
kita sekarang dah kurang subsidi kerajaan, maka wang tersebut boleh membiayai kereta elektrik EV proton, tetapi bukan pada pembangunannya tepi pada harganya, apa pendapat anda?
kampunghouse
July 22, 2010
Rasa saya itu mengambil jalan yang mudah; perkara paling penting ialah menghasilkan kereta elektrik itu sendiri; tak ada gunanya subsidi harga kalau kereta elektrik pun tak ada.
Saya tak yakin subsidi harga kereta elektrik adalah cara paling efisyen menggunakan duit rakyat; bolehkah anda berikan manfaat lain selain dari pada memberi bantuan kewangan kepada sesetengah yang mampu membeli kereta elektrik yang ternyata belum lagi wujud ini?
aidehamsap2
December 15, 2010
apa pendapat anda? jika kita gantikan enjin kereta yg ada kepada sistem kereta elektrik, ini lebih mudah dan jimat. sebab kit untuk kereta elektrik murah dari(china/taiwan/india)kerajaan hanya perlu subsidikan bateri lithium-ion , bagi yg mampu boleh lah pilih kit kereta elektrik dari jepun/eropah.
Mr. Deen
April 11, 2011
Proton pun dah join venture dengan UTM dan terhasilnya Saga EV. Semoga projek dia orang berjaya untuk dikomersilkan dan kita semua mendapat manfaat darinya…