Pramugara Terlampau dan Pramugari Melampau
Posted by kampunghouse on March 9, 2007
Para makcik berdoa agar anak kesayangan mereka tidak terpesong ke jalan serong manakala budak-budak remaja yang berjerawat dan bernafsu tinggi berpusu-pusu membeli DVD video itu. Dalam pada masa yang sama, lelaki tua dan miang mengharap-harap agar pramugari Malaysia Airlines mencontohi teladan tidak senonoh rakan sejawat lelaki mereka itu. Dalam kontroversi ini, mangsa sebenar ialah anak kapal Syarikat Penerbangan Malaysia, yang rata-ratanya sopan, ramah dan kuat bekerja. Mereka bukan sahaja terpaksa menangggung malu melayan orang dalam pakaian seragam hijau-biru yang tidak menarik, tetapi disamakan pula dengan pelacur dan pelakon video lucah.
Baru-baru ini, media tabloid Australia dikejutkan dengan pendedahan seorang pramugari Qantas yang melakukan seks rambang dengan pelakon (agak) terkenal Ralph Fiennes di dalam tandas sewaktu penerbangan ke India. Ini menimbulkan banyak tanda tanya, antaranya bagaimana mereka boleh bersetubuh dalam tandas kapal terbang, yang terkenal dengan saiznya yang terlalu kecil sehinggakan nak buang air besar pun payah? Kontroversi hangat sebegini, ditambah pula dengan tarikan ‘mile-high club’, memberikan imej seksi kepada perjalanan kapal terbang, yang pada realitinya sempit, sesak dan membosankan. Mungkinkah ini satu konspirasi oleh syarikat penerbangan untuk memberikan ilusi glamor untuk menarik lebih ramai pelanggan?
Azmeen said
Ada sebuah frasa Inggeris berbunyi; “Sex sells”.
Jika kita cuba, buat seketika, mengabaikan tirai moraliti dan mendekati isu ini menggunakan naluri asas; kita akan dapati bahawa seks merupakan keinginan semulajadi.
Dalam dunia ini, hanya spesis homo sapiens sahaja yang secara tidak semulajadinya membelenggu naluri seksnya. Tiada makhluk lain yang mempunyai terlalu banyak etika mengawan yang semelampau manusia.
Adakah ini apa yang dikatakan ciri-ciri ketamadunan?
Ingin saya tonjolkan di sini bahawa hanya spesis homo sapiens yang mencerminkan ciri-ciri seks yang tidak munasabah;
- Seks antara ibu/bapa dan anak kandung.
- Seks secara paksa, jds. rogol.
- Perdagangan seks termasuk perkahwinan (mungkin boleh dianggap kontroversi, tapi jika dilihat pada asasnya perkahwinan juga merupakan pertukaran wang dan harta untuk seks dan juga tanggungjawab-tanggungjawab lain)
Dengan itu, segala cubaan untuk “mengawal moral” atau dalam bahasa Inggerisnya “moral policing” hanya merupakan tindakbalas yang lebih cenderung ke arah populariti dan bukannya kebaikan sejagat.
Jika masyarakat tidak lagi peduli kepada konsep-konsep moral yang berasaskan agama dan kebudayaan, saya yakin pihak yang berwajib tidak akan menghabiskan wang dan masa untuk mengimplimentasikan langkah-langkah “moral policing” yang amat popular dinihari.
araz said
Ini semua kerana kebanyakan daripada mereka (Pramugara/Pramugari) tidak sedar akan status perkerjaan mereka sendiri, apalah yang nak dibangga hanya kerana menjadi pelayan….. kalau kita samakan dengan yang ada di darat samalah macam pelayan di hotel jer…… kenapa MAS tak ambil tindakan kerana ini semua salah mereka juga yang tak memantau aktiviti anak kapal mereka diluar, kalau rambut, baju, berat semua boleh dipantau, kenapa tidak moral?… bahkan cuba kita selidik balik sewaktu mereka ni semua di interview apa yang di pentingkan selain paras muka ialah betis buat malu jer….kata Negara Islam
as said
mereka sepatutnya sedar bahawa mereka telah hanyut…mak bapak jaga mereka dengan baik mereka musnahkan begitu sahaja..
kampunghouse is not a porn site! « kampunghouse said
[...] doubt, we are partly to blame for publishing such posts as ‘Pramugara Terlampau dan Pramugari Melampau’ and ‘Porn Gets Complicated’, knowing full well the power of Google and its word searches. Yes, [...]
escha said
we shouldn’t just generalize all stewards (cabin crew) into a narrow category as you just mentioned.just because of a few persons stupid mistake, it doesn’t represent the whole cabin crew community.
this is why there is a standard to fulfill when applying to be a cabin crew. please do not condemn right away.
regardless of what happened, there are good ones out there. let’s learn from their mistakes.
stewards
Sollihein said
Azmeen,
I think the word ‘dinihari’ means the wee hours of the morning, or before dawn. I believe the word(s) you should be using in your last sentence is ‘dewasa ini’ or ‘kebelakangan ini’.
kampunghouse said
Sollihein,
Looks like you’re the frontrunner for the ‘walking kamus dewan’ candidate
mohamad said
x harus berlku semua ni kerana mencemrkan imej negara je,,…..memalukan!!!!!!!
joe said
Its really suck……
fara-faraain said
sape ni
fara-faraain said
hai………..
kampunghouse said
hello