Masalah Sampah Sarap: Reaksi Orang Awam

Posted on January 25, 2007

4


Team kampunghouse baru-baru ini meronda di sekitar Lembah Klang untuk mendapatkan reaksi orang ramai mengenai masalah sampah-sarap yang masih belum dapat ditangani sepenuhnya. Berikut merupakan pendapat mereka.

“Mak cik pun hairanlah, susah sangat ke nak buang sampah di tong-tong yang dah ada ni? Kalau ya pun tong tu takda, peganglah sampai jumpa. Menyampah betul mak cik!”
Kasimah Selamat, pekerja NGO, Ampang Hilir

“Saya tak fahamlah, sampahnya bukan dalam tong, keliling tong pulak. Diorang ni tak tahu nak target, samalah macam pasukan bola keranjang kita”
John Teo, pensyarah kolej swasta, Damansara Kim

“Saya ingatkan inilah dia warna-warna Malaysia”
Alex Johansson, pelancong, Sweden, merujuk kepada sampah di depan matanya

“Aahhh..no komen plis”
Pasangan yang ghairah bercumbu-cumbu di tepi tasik

“Selagi Amerika Syarikat tak berundur dari Iraq, selagi tulah saya akan membuang sampah merata-rata!”
Fikri Mat Hussein, aktivis politik, Kajang

“Kalau kita tak buang sampah, macam mana pengutip sampah tu nak cari makan. Awak ni takda belas kasihan ke?”
Pembuang sampah yang tidak mahu dikenali

“Saya buang sisa-sisa makanan je. Bagi kucing makan. Lagipun terbiodegradasi, so tak apa”
Thomas Pereira, pengurus kedai, Shah Alam

“Oi, kau ingat kau ni Karam Singh Whalia?! Boleh bla!”
“Freezo”, mat rempit tetap, Klang

“Saya ingatkan Malaysia kasi buang sampah”
Lim Ah Kiat, broker saham, Singapura

“Ini semua salah Badawi”
Siti Aminah Chin Abdullah, pemilik butik, Bangsar

“Pembuang-pembuang sampah ni semuanya orang Islam liberal!”
peminat MENJ dan MAHAGURU58, Salak Selatan

“Habis tu, I nak buat apa dengan plastik Rotiboy I ni? Simpan dalam beg tangan? Eh tak kuasa I, you!”
“Shazzy”, pondan sambilan, Balakong

“Malaysia Boleh! Malaysia boleh buang sampah”
loyar buruk aka Cindy Teoh, pendandan rambut, Cheras

“Saya bukan buang sampahlah, saya tengah kutip sampah. Jangan kacaulah!”
pengutip sampah, Majlis Perbandaran Petaling Jaya

About these ads
Posted in: "News"